BACKPACKER MENTAH

AMBO

image
Salam Alayk,

Ini Ambo Jah

Ambo sebenarnya orang biasa, kehidupan penuh klasik, semoga nama Ambo diabadikan sampai jannah sebagi Ambo yang taat. Ambo pada tahun 2017 masih muda lagi, seorang remaja. Ambo berasal dari keluarga sederhana sahaja, tak terkenal di bumi tapi cuba untuk dikenali di langit seperti Uweis Al-Qarni.

Cita-cita melangit dalam diri Ambo tetap ada tapi tak tercapai lagi, mungkin belum tiba masanya untuk Ambo berbakti di dunia ini sebagai Hawariy. Ambo jadi blogger sebab minat menulis, sekadar blogger amatur. Menulis sebab tergerak hati untuk sampaikan sesuatu pada masyarakat dengan harapan ia diterima ramai tanpa provokasi dan revolusi.


Pendidikan
The University of Sydney

Architecture Degrees (Soon)

Sultan Alam Shah Islamic College

Pure Sciences


Kerja
Blogger

Bughats Production

Author

Hawariy Corporation


Minat
Designing
Researching
Reading

764

Karya

1664

Rakan Blogger

2964

Projek

1564

Fotografi

APA YANG MENARIK ?

Maya dan Nyata

Penyampaian yang santai

Trending

Viral seantero dunia

Ekslusif

Pemikiran remaja kontemporari

ARTIKEL

Aku Paranoid

Paranoid?

Paranoid adalah gangguan mental, dia yakin orang lain membahayakan dia. Gangguan paranoia berasal dari dua kata iaitu "Para – Noia", "Para" itu bermaksud di luar, manakala "Noia" itu dari perkataan Nous bermaksud pemikiran.

Mungkin ramai tak sedar dia alami masalah 'Paranoid'. Siapa sedar paranoid hampir sama erti dengan su'uzhan yang bermaksud buruk sangka terhadap orang lain. Tapi makna su'uzhan tidak sekejam paranoid, ada su'uzhan yang dibenarkan, tak macam paranoid, paranoid tetap paranoid yang 'menakutkan'.

اِجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
“Jauhilah kalian dari kebanyakan persangkaan, sesungguhnya sebagian prasangka adalah dosa” (Al-Hujuraat: 12)

4 Jenis Prasangka

1) Su'uzhan yang haram, iaitu su'uzhan kepada Allah dan su'uzhan kepada sesama Mukmin tanpa bukti yang nyata.

2) Su'uzhan yang dibolehkan, iaitu su'uzhan kepada sesama manusia yang memang dikenal penuh keraguan, selalu melakukan maksiat. Termasuk su'uzhan kepada orang kafir. 

Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin,
يحرم سوء الظن بمسلم، أما الكافر فلا يحرم سوء الظن فيه؛ لأنه أهل لذلك، وأما من عرف بالفسوق والفجور، فلا حرج أن نسيء الظن به؛ لأنه أهل لذلك، ومع هذا لا ينبغي للإنسان أن يتتبع عورات الناس، ويبحث عنها؛ لأنَّه قد يكون متجسسًا بهذا العمل 
"Diharamkan su'uzhan kepada sesama Muslim. Adapun kafir, maka tidak haram berprasangka buruk kepada mereka, kerana mereka memang ahli keburukan. Adapun orang yang dikenali selalu melakukan kefasikan dan maksiat, maka tidak mengapa kita berprasangka buruk kepadanya. Kerana mereka memang cenderung dalam hal itu. Walaupun demikian, tidak selayaknya seorang Muslim itu mencari-cari dan menyelidiki keburukan orang lain. Kerana sikap demikian kadang termasuk tajassus".

3) Su'uzhan yang digalakkan, iaitu su'uzhan kepada musuh dalam suatu pertarungan.

Abu Hatim Al Busti,
من بينه وبينه عداوة أو شحناء في دين أو دنيا، يخاف على نفسه، مكره، فحينئذ يلزمه سوء الظن بمكائده ومكره؛ لئلا يصادفه على غرة بمكره فيهلكه
"Orang yang memiliki permusuhan dan pertarungan dengan seseorang dalam masalah agama atau masalah dunia, yang hal tersebut mengancam keselamatan jiwanya, kerana pengkhianatan dari musuhnya. Maka ketika itu dianjurkan berprasangka buruk terhadap tipu daya dan pengkhianatan musuh. Kerana jika tidak, ia akan dikejutkan dengan tipu daya musuhnya sehingga bisa binasa".

4) Su'uzhan yang wajib, iaitu su'uzhan yang diperlukan dalam rangka kemaslahatan syariat. Seperti su'uzhan terhadap perawi hadits yang di-jarh.

Jadi?

Berbalik pada tajuk, Aku Paranoid, tak segan untuk saya katakan saya ada penyakit ni, tapi kita yang menghidap penyakit ni tak boleh layan sangat, fitrah macam ni kalau dilayan nanti melarat tak berkesudahan. Semoga berjaya dapatkan vaksin paranoid; Quran dan Sunnah.

Sumber: muslim.or.id

Endless Questions to All Muslims

Setiap orang akan ada turning point dalam hidup, takdir yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Turning point akan muncul bila kita celikkan mata tapi tak dapat nampak. Akan muncul bila kita menyentuh sesuatu tapi tak dapat rasa. Pada waktu ni kita terperangkap dalam diri kita sendiri. Apa yang kita perlukan hanya Dia dan akhirnya kita sedar setiap waktu kita perlukanNya.

Kita sedar kita dah jatuh. Dan kita sedar kita perlu melutut dari Allah untuk angkat dan bersama kita yang abaikan Dia selama ni, malu. Jatuh bangun, berulang banyak kali dalam hidup seseorang. Endless turning point.

Persoalannya, kenapa banyak turning point yang Dia bagi? Persoalan seterusnya kenapa kita masih lagi nak berpaling? Persoalan yang seterusnya pula betulkah Dia di hati engkau? Kalau betul dia di hati engkau persoalan pada engkau pula kenapa engkau menipu diri? Takutkah engkau atau hipokritkah engkau dengan perasaan cinta padaNya?

Jawap sendiri persoalan yang tak berkesudahan ini. Atau mungkin persoalan ini merupakan jawapan bagi engkau.

Nazak Pemimpin

Pemimpin yang selalu mendongak mencari sesuatu untuk dicapai kadang-kadang terlupa untuk tunduk walaupun sebentar. Mungkin ujub dan takabbur menjadi hijab antara dia dengan pimpinannya. Akhirnya jadilah dia pemimpin yang ego.

Itulah pengalaman Ambo sebagai pemimpin. Ambo mengaku silap Ambo sebab tak nampak pimpinan Ambo. Salahkan Ambo 100 peratus atas segala kekurangan yang terpaksa awak semua rasai. Tapi Ambo minta belas dari awak semua untuk faham fitrah Ambo sebagai manusia yang tak sempurna malah penuh dengan kekurangan, Ambo tak minta untuk memimpin awak semua.

Sebelah kaki sudah ke neraka, mungkin kedua-dua belah dah hangus dan rentung. Taatlah pada pemimpin yang adil dan soleh, bukan pada pemimpin yang bongkak macam Ambo agar kami yang bongkak ini sedar akan kesalahan kami.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasulnya dan setiap Amri (ketua) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan rasulnya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih baik bagimu dan lebih baik akibatnya."

Yes Is No #Students

Sebagai remaja, konteks entri Ambo tak lari dari pandangan seorang pelajar #student. Yes is No? Bila tersepit antara dua perkataan ini, maksudnya anda sememangnya pelajar. Kalau tak, ada dua maksud saja. Satu, anda matang. Kedua, anda tidak matang? Tak, tak matang untuk student saja. Kedua, maksudnya anda bukan student.

Statement entri ni macam mengarut ja. Tapi hakikatnya statement ini benar. Biar Ambo jelaskan. Pelajar, macam yang kita tahu banyak pasang impian. Sampai satu masa, mungkin dua tiga empat masa kita terkeliru, apa yang kita kejar adalah impian atau cinta. Belajar sampai ke menara gading, itu impian? Ya. Itu cinta? Ya, cintakan ilmu. Tapi situasi ni tak nampak meragukan.

Macam mana kalau perkara yang selalu berlegar dalam fikiran anda adalah menjadi sasterawan selepas tamat pHD kejuruteraan. Itu impian atau cinta? Kedua-duanya. Tapi pasti ada kontroversi, keluarga mungkin tak setuju. Mungkin bila situasi macam ni berlaku, pilihan yes is no mungkin muncul berkali-kali.

Bila penamat yang dijangka ada dua, bermaksud anda terpaksa abaikan kesudahan sama ada ya atau tidak. Sebabnya? Sebab memilih ya adalah sama dengan memilih tidak. Macam berbelit, tapi mudah ja konsep dia. Tidak = Ya.  Jawapan bagi masalah sasterawan vs jurutera sebelum ini adalah pilih sasterawan boleh, pilih jurutera boleh. Dan kedua-dua jawapan itu kesudahannya sama ja, salah satu pihak akan terguris. Sasterawan ialah impian dan jurutera ialah cinta, cinta ibu bapa. Anda lebih bijak untuk tentukan kesudahan yang terbaik sebab anda lebih kenal diri anda dan kehidupan anda.

Pelajar bermaksud golongan yang menuntut ilmu. Setiap masa kita belajar dari kehidupan. Tiada pengukur tepat untuk mengukur umur pelajar. Selama mana kita bernafas, kita tetap pelajar. Jadi kawan, kenapa masih memilih untuk bergembira berbanding melakukan amal terutamanya belajar kalau akhir kedua-duanya adalah peluh dan perasaan lega. Kenapa kita masih terkeliru lagi?

Jadi kawan, kenapa masih memilih untuk bergembira berbanding melakukan amal terutamanya mengabdikan diri sebagai hamba Allah kalau akhir kedua-duanya adalah ketenangan dan kebahagiaan. Kenapa kita masih terkeliru lagi? Sekian, semoga entri ini dapat menjadi wasilah penjentik rohani kita untuk mendekati yang lebih baik.

Tanya Ambo Apa Saja

Hubungi Ambo
Ambo Jah
+601 23-456-789
Selangor, Malaysia