Saturday, 26 August 2017

Aku Paranoid

Paranoid?

Paranoid adalah gangguan mental, dia yakin orang lain membahayakan dia. Gangguan paranoia berasal dari dua kata iaitu "Para – Noia", "Para" itu bermaksud di luar, manakala "Noia" itu dari perkataan Nous bermaksud pemikiran.

Mungkin ramai tak sedar dia alami masalah 'Paranoid'. Siapa sedar paranoid hampir sama erti dengan su'uzhan yang bermaksud buruk sangka terhadap orang lain. Tapi makna su'uzhan tidak sekejam paranoid, ada su'uzhan yang dibenarkan, tak macam paranoid, paranoid tetap paranoid yang 'menakutkan'.

اِجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
“Jauhilah kalian dari kebanyakan persangkaan, sesungguhnya sebagian prasangka adalah dosa” (Al-Hujuraat: 12)

4 Jenis Prasangka

1) Su'uzhan yang haram, iaitu su'uzhan kepada Allah dan su'uzhan kepada sesama Mukmin tanpa bukti yang nyata.

2) Su'uzhan yang dibolehkan, iaitu su'uzhan kepada sesama manusia yang memang dikenal penuh keraguan, selalu melakukan maksiat. Termasuk su'uzhan kepada orang kafir. 

Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin,
يحرم سوء الظن بمسلم، أما الكافر فلا يحرم سوء الظن فيه؛ لأنه أهل لذلك، وأما من عرف بالفسوق والفجور، فلا حرج أن نسيء الظن به؛ لأنه أهل لذلك، ومع هذا لا ينبغي للإنسان أن يتتبع عورات الناس، ويبحث عنها؛ لأنَّه قد يكون متجسسًا بهذا العمل 
"Diharamkan su'uzhan kepada sesama Muslim. Adapun kafir, maka tidak haram berprasangka buruk kepada mereka, kerana mereka memang ahli keburukan. Adapun orang yang dikenali selalu melakukan kefasikan dan maksiat, maka tidak mengapa kita berprasangka buruk kepadanya. Kerana mereka memang cenderung dalam hal itu. Walaupun demikian, tidak selayaknya seorang Muslim itu mencari-cari dan menyelidiki keburukan orang lain. Kerana sikap demikian kadang termasuk tajassus".

3) Su'uzhan yang digalakkan, iaitu su'uzhan kepada musuh dalam suatu pertarungan.

Abu Hatim Al Busti,
من بينه وبينه عداوة أو شحناء في دين أو دنيا، يخاف على نفسه، مكره، فحينئذ يلزمه سوء الظن بمكائده ومكره؛ لئلا يصادفه على غرة بمكره فيهلكه
"Orang yang memiliki permusuhan dan pertarungan dengan seseorang dalam masalah agama atau masalah dunia, yang hal tersebut mengancam keselamatan jiwanya, kerana pengkhianatan dari musuhnya. Maka ketika itu dianjurkan berprasangka buruk terhadap tipu daya dan pengkhianatan musuh. Kerana jika tidak, ia akan dikejutkan dengan tipu daya musuhnya sehingga bisa binasa".

4) Su'uzhan yang wajib, iaitu su'uzhan yang diperlukan dalam rangka kemaslahatan syariat. Seperti su'uzhan terhadap perawi hadits yang di-jarh.

Jadi?

Berbalik pada tajuk, Aku Paranoid, tak segan untuk saya katakan saya ada penyakit ni, tapi kita yang menghidap penyakit ni tak boleh layan sangat, fitrah macam ni kalau dilayan nanti melarat tak berkesudahan. Semoga berjaya dapatkan vaksin paranoid; Quran dan Sunnah.

Sumber: muslim.or.id

Ambo menulis dan menaip serentak.

0 comments:

Post a Comment

Tanya Ambo Apa Saja

Hubungi Ambo
Ambo Jah
+601 23-456-789
Selangor, Malaysia